Saturday, August 21, 2010

Beberapa alat-alat senaman dan penilaian "standard" yang digunakan untuk merawat pesakit @ individu. Alat2 senaman ni mmg ade kat mane2 pusat2 fitness, tapi OT juga menggunakan alat2 ini untuk meningkatkan kekuatan bagi seseorang pesakit.

Parabody (Senaman Kekuatan Tangan atau Bahagian Atas)

Cybex (Senaman Kekuatan Tangan atau Bahagian Atas)

Purdue Pegboard Standardize Assessment  
Penilaian ini sesuai untuk pekerja yang banyak menggunakan kemahiran tangan.

Jurupulih Carakerja @ Occupational Therapist

Jurupulih Carakerja (OT) boleh didefinasikan mengikut (WFOT) "..Aktiviti yang berterapeutik atau rawatan yang menyeluruh yang telah dirancang untuk mencapai kefungsian sempurna dalam kesihatan individu, mencegah kecederaan atau cacat dan yang mengembangkan, meningkatkan, mempertahankan atau mengembalikan tahap tertinggi individu untuk menjalankan kerja sehari-harian dengan sendiri.."


OT membantu pesakit @ pelanggan dari segala usia untuk meningkatkan kemampuan mereka untuk melakukan tugas-tugas dalam kehidupan sehari-harian dan persekitaran kerja. OT bekerja dengan individu yang mempunyai keadaan yang secara mental, fizikal, perkembangan, sosial atau emosional. OT juga membantu individu untuk "development", memulihkan atau mengekalkan kehidupan sehari-harian dan kemahiran bekerja. OT membantu individu tidak hanya untuk meningkatkan fungsi motor dasar dan kemampuan "reasoning", tetapi juga untuk "compensate" kehilangan fungsi kekal. Tujuan OT adalah untuk membantu invidu menjalankan kerja harian dengan sendiri, produktif dan hidup yang selesa.


Jurupulih Carakerja berperanan untuk menyediakan / memberikan / menyarankan / merancangkan rawatan yang berterapeutik bagi pesakit2 yang memerlukan perkhidmatan ini. OT juga terlibat di dalam komuniti integrasi.